January 03, 2015

Novel SYNDROME : Prolog

Prolog..

Assalamualaikum..Aku Nur Annisa.Aku biasa dipanggil ‘Alang’ dalam keluarga kecuali adik bongsuku,Mat. Hanya Mat yang memanggil aku ‘Kak Nisa’.Aku mempunyai lima adik-beradik.Aku anak keempat.Aku mempunyai dua orang abang dan seorang kakak.Abang sulungku bernama Ahmad Azzam.Angahku bernama Ahmad Azzim.Acikku bernama Alia ‘Aisyah dan adik bongsu kami bernama Ahmad Muhammad atau ‘Mat’.Kadang-kadang aku pelik.Kenapa hanya nama aku dan Mat yang diletakkan ‘Nur’ dan ‘Muhammad’ sedangkan yang lain semua bermula dengan huruf ‘A’.Tapi itu semua tidak penting.Mungkin kami berdua orang yang sangat istimewa.Hahaha..


Angin pantai bertiup sepoi-sepoi bahasa.Subhanallah!Sungguh menenangkan.Kelihatan seorang budak lelaki duduk di atas bangku menghadap pantai.Seperti mencari ketenangan.Susuk badan budak itu seperti kukenali.Aku melangkah untuk mendekati budak lelaki itu.”Ya Allah,Mat!Adik akak buat apa berseorangan kat sini?”Ya,dia ialah adikku.Muhammad.Tapi kami sekeluarga biasa memanggilnya ‘Mat’. Aku melihat dia memegang sebuah sketch book.”Mat suka tengok ombak laut ya?Sebab tu Mat lukis dalam sketch book ni?”.Mat mengangguk sambil tersengih.”Ka..Kak..Kak Ni..Nisa su..su..suka te..tengok ombak tak?”.Aku tersenyum lalu mengangguk.”Kak Nisa suka tengok ombak.Lagi-lagi ada Mat.Lagi akak suka tau”.Lantas aku memeluk bahunya.Mat hanya tersenyum.Mat memang begitu.Apa-apa sahaja yang dia suka,pasti akan dilakarnya di dalam sketch book.

Sewaktu Mat berusia dua tahun,Mat masih belum boleh bercakap.Hanya suara tangisan yang kami dengar.Kami tidak pernah mendengar dia memanggil,”Mama” atau “Papa”.Lalu mama dan papa membawanya berjumpa doktor dan doktor mengesahkan bahawa Mat menghidap penyakit Down Syndrome dan jantung berlubang.At the age of five,Mat was admitted to the hospital to undergo open heart surgery.Ibu bapa mana yang tak sedih apabila mengetahui anak mereka sakit.Namun Mat tidak bersalah.Mungkin ini adalah ujian daripada Allah untuk kami sekeluarga.

Kini,Mat berumur 10 tahun.Mat bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.Elaun bulanan diberi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada kanak-kanak Kelainan Upaya seperti Mat.Mat selalu menyimpan wang tersebut di dalam tabung gitarnya.Masyaallah.Sifat-sifat yang baik semuanya tertanam di dalam jiwa dan peribadi Mat.Pernah sekali,Mat menceritakan kepada aku yang dia jumpa seekor anjing yang kelaparan dan dahaga di hadapan rumah.Mat terus berlari ke dapur.”Eh,Mat!Kenapa lari-lari ni?Nanti jatuh”.Mama menegurnya”Ma..Ma..Depan ru..rumah kita ada anjing la.Di..di..dia lapar.Mat ambil ro..roti ni ya?”.”Ye la.Tapi Mat jangan sentuh anjing tu tau!”.Mat terus keluar sambil membawa dua keping roti dan sebekas air.Anjing itu seperti memahaminya.Ia hanya menunggu Mat memberinya makanan.

Ya Allah!Kau rahmatilah adikku,Muhammad.

No comments: