January 03, 2015

novel SYNDROME : Bab 1

1
A
ku mendaki anak tangga untuk ke bilik Mat.Sekarang adalah waktu makan tengahhari.Mat mesti makan tepat pada waktunya.Aku lihat pintu bilik Mat terbuka.Mat sedang khusyuk melukis.Aku menghampirinnya perlahan.”Mat,jom makan.Mama dengan papa tengah tunggu kat bawah tu”.Mat seorang budak yang patuh.Lantas sketch book ditutup.Dia memimpin tanganku turun ke bawah.Mat bertambah gembira apabila melihat lauk Ayam Paprik.Dia amat gemar makan Ayam Paprik masakan mama.Begitu selera Mat makan sehingga menambah sepinggan lagi nasi.

“Blurpp..”.”Ish,apalah Mat ni.Tak elok sendawa kuat-kuat.Kita mesti ucap apa bila kita kenyang?”.Usik mama.”Al..al.alhamdulillah”.Sambil mengangkat tangan seperti berdoa.Kami berempat tergelak di meja makan.Papa dan Mat telah beredar dari dapur.Mama sedang mengemas meja manakala aku pula mencuci pinggan dan gelas.Satu soalan terlintas di benak fikiranku.”Ma,bila Angah dan Acik nak balik Shah Alam?Setahu Alang,cuti semester dah mula”.Aku mengajukan soalan kepada mama.Angah ialah abangku yang kedua dan sedang menuntut di tahun dua dalam kuliah perubatan di Universiti Al-Azhar,Mesir.Acik pula kakak aku yang dilahirkan sebelumku dan merupakan student tahun 1 dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Malaysia Perlis(UniMAP)”Angah and Acik je?Along tak ingat ke?”.Mama cuba mengusikku.Hatiku sedikit sakit apabila mendengar perkataan ‘Along’.”Along?Bukan tak ingat,tapi rasanya kalau tak tanya pun Alang tahu jawapannya.Dia tu asyik sibuk dengan kerja.Lepas tu,asyik beli rumah baru.Kononnya nak beri keselesaan kepada isteri dan anak-anak.Minta balik sini sekali setahun pun susah.Untung ada hari raya.Alang rasa,kalau tak ada hari raya,mesti Along takkan balik sampai bila-bila”.Begitu panjang aku membebel.”Ish,kamu ni Lang.Cuba bersangka baik sikit dengan Along tu.Kan dia dah kerja,dah kahwin.Mestilah banyak komitmennya.Tak macam kamu.Tengah tunggu result SPM baru.Kerja pun takde.Jadi Alang kena faham la Along tu sikit”.Suara mama semakin perlahan.Aku tahu mama pun kecil hati bila Along lebih pentingkan anak dan isteri berbanding mama dan papa.
Tidak lama kemudian,aku terdengar suara tangisan.Ya,itu suara Mat.Aku dan mama baru sedar bahawa Mat telah mendengar perbualan aku dengan mama tadi.Mat segera berlari masuk ke dalam biliknya.”Alang.Kamu tahu kan?Dah pergi pujuk Mat”.Mama memang seorang yang memahami.Aku terus masuk ke bilik Mat.Perlahan-lahan aku duduk dia atas katil,di sebelah Mat.Mat masih menangis.”Mat dengar ke apa yang Kak Nisa dengan mama cakap?”.Dia mengangguk.”Mat..Mat tak su..suk..suka Kak..Nisa dengan A..A..long gaduh.Mat tak suka”.Ujarnya sambil menangis teresak-esak.Aku pantang melihat Mat menangis.Pasti hati ini turut hiba.Bagaikan ada sesuatu antara kami yang tiada pada adik-beradik yang lain.Nama pun lain daripada yang lain.Akhirnya,air mataku gugur.”Tak,Kak Nisa tak gaduh dengan Along pun.Kak Nisa cuma..cuma.”.Aku tidak tahu apakah ayat yang harus kusambung.Aku pantas mengelap air mata.”Ermm..Tak ada apa-apa lah Mat.Kak Nisa tak gaduh pun.Mat jangan nangis lagi.Mat kan kuat.Orang kuat mana boleh nangis.Dah lap air mata ya”.Mat hanya menurut kata-kataku.


 Aku dan Along memang tak pernah sebulu.Angah dan Acik?Mereka tidak kisah dengan apapun yang terjadi di dalam rumah.Tapi aku tak tahan apabila melihat sikap Along.Tahun lepas,malam hari raya pertama.Aku terdengar perbualan Along dan isterinya,Kak Elina.Kak Elina membahasakan dirinya Lin dalam keluarga kami.”Abang,nanti lusa kita balik KL ya?Kita beraya kat rumah parents Lin lah pula.Boleh ya?”.”Ala,Lin ni.Kan kita baru dua hari sampai sini.Takkan dah nak balik kot.Sabarlah.Bukan selalu pun kita balik Shah Alam ni.Kita kan memang tinggal dengan parents Lin.Everyday kita jumpa parents Lin.Nanti seminggu lagi kita balik lah ya”.Along cuba memujuk Kak Lin.”Abang ni,tak sayang Lin ke?Kan tiap-tiap tahun kita balik beraya kat Shah Alam.Setiap kali first day raya mesti kat Shah Alam.Bosan la kat sini.Abang tahu tak,masa Lin kecil-kecil dulu,first day raya,Mummy dengan daddy mesti bawa Lin pergi Pavillion ke,water park ke.Tak apa la kalau abang tak nak balik lagi.Biar Lin dengan anak-anak balik dengan bas je”.Along hanya terdiam.Selepas itu,Along melangkah keluar dari kamarnya.Aku sedikit terkejut.Along lantas menarik tanganku turun ke bawah tangga.”Ish,apa Along ni.Sakitlah tangan Alang.Dah la nak exam nanti!Hish”.Aku memarahinya.”Alang dengar apa yang Along  dengan Kak Lin cakap tadi?”.Aku hanya terdiam.”Kenapa diam?Alang dengarkan?!”.Suaranya semakin kuat.Aku memang pantang dengan orang macam Along.”Ya!Memang Alang dengar semuanya!Satu pun Alang tak tertinggal!So,what’s your decision?Along nak ikut je cakap Kak Lin?Along sedar tak yang Kak Lin tu memang tak suka keluarga kita ni!Sorry la.Alang bukan nak kacau-bilaukan family along.Tapi Alang tak tahan dengan sikap Along ni.You are a family leader.Along berhak untuk aturkan family along.Bukannya jadi macam lembu kena cucuk dihidung!”.Aku membalas dengan suara yang kuat sehingga satu rumah mendengarinya.Tapi tiada seorang pun yang menghiraukan kami.Mereka semua sudah terbiasa dengan drama ini.”Alang jangan nak mengajar Along eh!Alang tu budak lagi.Alang tak tahu macam mana kehidupan berkeluarga.Alang sepatutnya bersyukur dapat abang macam Along ni.Kerja doktor.Gaji besar.Boleh hantar duit untuk mama dan papa.Untuk pelajaran Alang dengan Mat sekali.Alang ni memang tak tahu berterima kasihkan?”.”Terima kasih sangat dengan duit yang Along hantar setahun sekali tu.Nasib baik papa masih jadi kontraktor.Kalau tak,memang kempunan lah kami kat sini.Alang sangat bersyukur sebab dapat seorang abang macam Along sebab Alang dapat tahu kehidupan seorang yang lebih pentingkan anak bini daripada ibu bapa sendiri.Terima kasih Along!”.Aku tidak dapat mengawal kemarahanku lagi.Aku terus berlari naik ke bilik dan meninggalkan Along di situ.Aku segera mengambil wudhu’ dan solat sunat hajat.Aku berdoa,”Ya Allah,Ya Fattah,Ya ‘Alim.Kau bukalah hati along supaya dia sedar akan kesilapannya terhadap ibu bapa kami.Engkau yang Maha Mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan.Aku memohon agar suatu hari nanti,keluargaku akan kembali bahagia seperti sediakala.Kau ampunilah dosa-dosa ku,dosa kedua mama dan papaku,dosa adik-beradik ku dan seluruh umat Islam,Ya Allah.Kau mudahkanlah urusanku,lapangkanlah dada mama dan papa aku,bukakanlah hati adik-beradikku agar tali persaudaraan kami tidak putus Ya Allah.Hanya kepadaMu aku memohon.Amin Ya Rabbal ‘Alamin”.Kemudian,aku terlena di atas sejadah.

No comments: