July 19, 2014

SUPERMAK + SUPERANAK

Assalamualaikum.

Alhamdulillah diri ini masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus menaip.
Alhamdulillah.Sudah malam 10 terakhir Ramadhan!Ayuh kita kejar Lailatul Qadar

*Fuhh*
 berada di dalam kesejukan ditemani baby Amiratul Insyirah dan kakaknya,Ilham.Dua-dua terlena di sebelah aku.

Sepanjang aku mengawasi Amirah sambil online,dapat aku rasakan tugas sebagai seorang ibu *cewahh! sangat susah.Lagi-lagi ade baby kecik.Amirah selalu terjaga.Kacau aku online je.Setiap kali terjaga mesti kena ulit.Aduhaii!Mungkin ini yg dirasakan oleh semua kakak di dunia apabila kerja harian mereka terganggu sebab kena jaga adik kecil.Aku tak pernah faham perasaan seseorang kakak sebab aku adik bongsu!Kakak semua berada jauh dari pandangan tapi sentiasa dekat di hati.cehh!

wokeyhh
back to our topic!

*Amirah buek hal lagi*

Aku selalu tengok ibu-ibu yg ade baby kecik dukung baby2 tu time pergi kenduri or shopping.Kesian tau.lagi2 kalau anaknya demok!Aku tak tau laki diaorang buat ape.Tapi tak kurang juga yg beli baby carrier and suruh suami dukung baby.Baru betoi cenggitu!

Aku tengok mak sedara aku,(mak Amirah) selalu tertidur.Aku rasa dia selalu berjaga malam2 sebab menyusu Amirah.Satu hari,aku terfikir.Macam mana kalau aku yang berjaga malam-malam sebab nak menyusukan anak.Aihh,susah bak ang!Tapi maybe jiwa seorang ibu ni,sanggup buat apa sahaja untuk anak.

Dulu,aku selalu tanya diri sendiri."Kenapa mesti aku yang buat kerja rumah?Setiap kali cuti,mesti aku yang kena kemas rumah,cuci kain dan buat semua benda!Aku cuti sebab nak rehat!Bukan nak buat kerja!" . Tapi hari ini aku menemui jawapannya.Dulu mak aku yang buat kerja rumah.Jaga aku.Cuci kain aku.Basuh pinggan aku.Kesian mak aku buat semua benda sensorang.Dulu,dia sorang je nurse kat klinik.Macam mana dia sapu,mop lantai sorang2?Macam mana dia susun kerusi,meja,almari sorang2?My mom is 'SUPERMAK'.So,apa salahnya kalau sekarang aku rasa jadi 'SUPERANAK' ?!

Sayangilah ibubapa selagi mereka masih bernyawa..

Assalamualaikum
*lambai tangan*
*lap air mata*


1 comment:

Fatayatul Islam said...

Touching giler ahh.. superanak, doakan aku dan aku doakan kamu jugak, sahabat. :) ^^