July 11, 2015

Soal Hati

Assalamualaikum

Tengok tajuk pun dah rasa mcm ade something serious yg nak bagitau.Jarang bakal engineer nak cakap soal hati..*kau hengat hati engineer keras mcm besi ker??*


Hari tu,my friend,M and me were gelak sakan before masuk kelas.We're so happy sampai tak realize pun student lain tgk kami mcm 'tak betol'.For your information,aku dgn M memang bestfriend kat hostel.Student lain dalam bilik tu kalau dengar kami mengilai memang pakat dok geleng kepala.Junior kami siap tegur lagi,"Apa benda la yang Kak Izza and Kak M duk gelak tu?"Kami sengih jer.Pastu sambung gelak.Benda ni selalu mai lepas musim exam.Kami panggil 'Musim Gila'..


Tengah kami duk syok mengilai,ada sorang kawan M ni called her.Si M ni pun berjalan nyot-nyot*bunyi tapak kasut* pi kat kawan dia.Aku tengok la depa having a serious conversation.
                                                                              *mcm ni ha!--->







Aku duk perhati je.*curious*.Aku mcm curious la sebab M ni jarang tunjuk muka serious mcm nak telan orang.Dalam 5 minit camtu,M mai kat aku.Muka dia memang monyok-nyok-nyok gila!Aku tengok mata dia.Macam dia cuba tahan drpd nanges!"Hey,what's wrong?"."Nothing".Then dia tarik tangan aku terus masuk kelas.

Sepanjang hari tu memang M diam je.Gelak pon biasa2 je.Malam tu,lepas solat Isyak kat masjid,aku dengan M jalan nak masuk bilik.Suddenly dia tanya aku something."Izzah,what'll you do kalau awk tahu ade someone tak suka awak?And dia tak suka awak rapat dengan dia?Awak nak marah dia atau benci dia".Hati aku cam zappp!'Knp pula dia ni tetiba tanya aku soalan pelik ni'Hati ku berbicara :P So,dari persoalan dia tu aku dah boleh agak apa benda yang dia duk discuss dgn kawan dia pagi tadi.Tapi aku tak 100% sure la.

Aku bagitau dia.Eh,tapi malam tu otak aku tiba2 mencurah-curah idea utk susun kata2 supaya jadi mcm kaunselor."For me,tak guna nak marah sebab perasaan benci dia trhdp kita maybe takkan berubah.Kalau kita marah,bukannya boleh buat dia suka kita pon.And tak guna jugak nak benci sebab benda2 ni berkait dgn hati.Hati ni urusan Allah.Ia selalu berbolak-balik.Sebab tu dlm bhs Arab,hati disebut sbg Qalbu yg memberi maksud 'Yang berbolak-balik'..Akan ada certain time dia suka kita,akan ada jugak time dia agak 'menyampah' dgn kita.So,saya rasa awak terus berkawan,suka and jgn benci dia..But maybe the problem is dia rasa awak terlalu berdampingan dengan dia.So,cuba untuk kurangkan jarak tapi jangan sampai putuskan friendship.Maybe lepas ni dia dan awak akan rasa lebih selesa.Tawakallah kpd Allah.."

Pastu,M dah mula memahami 'konflik' yg dihadapai oleh dia dan 'DIA' ehh?.Since that day,M dah kembali tersenyum dan mengilai dengan aku!HAHAHA

January 07, 2015

Novel SYNDROME :Bab 2

2

Hati aku tidak tenang memikirkan keputusan SPM yang bakal aku terima esok.Bibirku terkumat-kamit berzikir dan berselawat agar dikurniakan ketenangan dalam hati.Setiap kali selepas solat,aku berdoa kepada Allah agar hati aku reda menerima apa sahaja keputusan peperiksaan ini.Aku sudah cuba yang terbaik.Sekarang aku hanya berserah kepada Allah.Mama selalu pesan, “Apa yang berlaku terhadap kita,itulah yang terbaik.Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.Kita mestilah sentiasa berlapang dada dan bersangka baik dengan Allah.Insyaallah hati kita akan sentiasa tenang”.Hampir setiap hari aku dengar mama pesan benda sama.Mama tidak pernah menengking anak-anaknya walaupun kami lima beradik selalu buat salah dan agak nakal.Mama akan menegur dengan berhikmah tetapi dalam nada tegas.

Hari yang ditunggu akhirnya berkunjung tiba.Aku berpagi-pagi untuk solat Subuh berjemaah bersama papa,mama dan Mat.Papa sempat memberikanku kata-kata semangat selepas berdoa.Debaran di hatiku hilang sedikit selepas diberi semangat oleh Papa.Aku sangat bersyukur kerana dikurniakan Mama dan Papa yang tidak pernah putus-putus menasihati dan memberi semangat tatkala aku ‘feeling down’.Aku menyarungkan baju T Muslimah bercorak ‘Free Palestine’ bersama seluar jeans yang berwarna hitam.Aku turut mengenakan tudung satin berwarna pudina bidang 55. ‘Eleh,nak pergi amik result je pon.Tak mau la pakai over sangat.Simple but menutup aurat’.Kataku sambil menatap cermin.Tiba-tiba pintu kamarku diketuk. “Masuklah!”.Muka comel Mat terpacul dari muka pintu.Aku lihat Mat berpakaian segak. “Eh,Mat!Handsomenya adik Kak Nisa ni.Mat nak pergi mana segak macam ni?”. “Mat nak i..i..ikut Kak Nisa pe..per..pergi se.....ko.....lah.Bo...leh tak?”. ‘Alhamdulillah Ya Allah.Mat dah kurang gagap’.Aku rasa seperti ingin menangis dan memeluk Mat.Betapa gembiranya aku apabila mengetahui Mat semakin lancar percakapannya.Tapi aku juga tidak mahu merosakkan kegembiraan Mat. “Boleh Mat.Dah jom kita turun.Mama dengan Papa tengah tunggu kat bawah tu”.Kami berjalan bersama.

Kelihatan begitu banyak kenderaan di perkarangan sekolah.Aku bertambah berdebar.Namun aku cuba untuk mengawalnya.Kami berempat berjalan menuju ke dewan sekolah.Papa,Mama dan Mat duduk di kerusi tetamu manakala aku dikehendaki duduk di kerusi yang telah ditampal nama ‘Nur Annisa binti Ahmad Kamal’ pada kerusi tersebut. “Awak Annisa kan?”.Seperti seseorang telah menyeru namaku dari belakang.Aku segera memusingkan badan.Seorang lelaki yang tidak kukenali. “Awak panggil nama saya ke?”. “Ya.Oh,jadi inilah rupa Annisa yang menjadi sebutan ramai tu.Hai.Nama saya Afiq”.Dia menghulurkan tangan untuk bersalam.Namun aku menolak salaman itu dengan cara yang baik.Alhamdulillah dia faham. “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”.Pengerusi majlis sudah ingin memulakan majlis.Tidak sempat untuk aku bertanya kepadanya apa maksud dia mengatakan aku menjadi ‘sebutan’.

Sekarang,tibalah masanya untuk pengetua mengumumkan keputusan SPM bagi tahun 2013.Alhamdulillah,aku dan dua orang lagi sahabatku mendapat keputusan cemerlang dengan 11A+.Selepas mengambil slip keputusan SPM,aku berlari ke arah papa,mama dan Mat.Aku memeluk mereka bertiga.Air mataku bercucuran.Selepas itu kami pergi ke kantin untuk menikmati sedikit jamuan yang diadakan oleh pihak sekolah untuk semua pelajar,ibu bapa dan guru.Dalam perjalanan untuk ke kantin,aku terserempak dengan budak lelaki yang bernama Afiq tadi.Aku berhenti berjalan. “Pa,Ma.Alang nak jumpa kawan sekejap boleh?Mama,papa dengan Mat pergilah ke kantin dahulu ya”.Mereka bertiga setuju dan bertolak ke kantin terlebih dahulu.Aku berjalan ke arah Afiq yang sedang duduk di Taman Sains. “Assalamualaikum”. “Walaikumussalam”. “Erm,saya nak tanya sesuatu boleh tak?”. “Congrats.Awak memang bijak.Dapat straight A pulak tu.Patulah jadi sebutan”. ‘Orang tanya lain,lain pulak yang dijawabnya’.Aku mengomel di dalam hati. “Alhamdulillah.Terima kasih.Erm,saya nak tanya.Apa maksud awak yang saya ni menjadi ‘sebutan’?Saya tak fahamlah”. Dia memandang dengan berkerut dahi terhadapku. “Awak tak faham?Budak bijak macam awak ni tak faham benda simple macam tu?Apalah.Awak tak faham atau buat-buat tak faham sebenarnya?”. ‘Geramnya aku dengan mamat ni.Jawab je la.Banyak cakap pulak’. “Tak.Saya memang tak faham”. “Awak ni kan bijak,baik,suka tolong orang,tak kedekut ilmu dan cantik pula tu.Mestilah ramai orang suka”. Tergamam aku mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya. “Maksud awak ramai orang kenal saya dalam sekolah ni,even saya tak kenal mereka semua?Saya ni kira famous lah ya?”.Aku cuba bercanda.Afiq jeling kepadaku. “Lebih kurang macam tu la”. “Erm,satu lagi nak tanya.Awak dapat berapa A”. Dia segera menolah ke arah aku.Dia mengecilkan matanya. “Yang pasti bukan 12A+ la”. ‘Oh,kau sindir aku ya Afiq?Kurang asam betul!’. “Tak ada lah.Saya Cuma tanya je.Mana lah tahu awak seorang je ke yang dapat 15A”.Aku menyindir dia pula.Sekali lagi dia menoleh kepadaku tapi kali ini matanya sengaja dibulatkan. “Saya dapat 10A.Saya tak ambil paper Bahasa Arab.Kalau ambil jugak takut awak pula takut bersaing dengan saya”. “What?Saya tak takut pun.Dah la!I have no time nak layan mamat perasan macam awak ni.Saya pergi dulu.Assalamualaikum”.Aku mengatur langkah untuk ke kantin.Selepas makan,kami terus pulang ke rumah.Sebaik sahaja sampai ke rumah,mama dihujani dengan panggilan-panggilan telefon daipada saudara-mara yang bertanyakan keputusan SPM aku.Papa juga tidak kurang sibuknya.

Malam itu,aku,Mat,Mama dan papa berkumpul di ruang tamu. “Lang.Mama nak cakap sikit ni”.Mama memulakan bicara. “Mama nak cakap apa?Cakap je la”. “Mama dengan papa dah plan nak buat Majlis Kesyukuran atas kejayaan kamu ni.Alah,kita buat kecil-kecilan je.Panggil saudara-mara,jiran tetangga,kawan-kawan dan guru-guru kamu.So,apa pendapat Alang?Setuju tak?”. “Alang boleh je.Apa yang baik untuk mama dan papa,baiklah untuk Alang,Insyaallah”. “Alhamdulillah.Syukur bang kita dapat anak yang baik dan menurut perintah macam ni”.Seloroh mama sambil menepuk paha papa.Mereka berdua tersengih.Mat juga ikut tersenyum.Seminggu kemudian,majlis kesyukuran itu berlangsung dengan lancar.Ramai saudara-mara,jiran tetangga,kawan-kawan dan guru-guru yang hadir.Sedang aku mengemas pinggan,cawan dan makanan di atas meja makan,aku terdengar namaku diseru.Aku segera menoleh.”Afiq?”. “Ye la.Saya la Afiq”. “Huh,buat saya terkejut je.Bila awak datang sini?”. “Dari permulaan majlis,sampailah tamat majlis ni.Hehehe”.Ujarnya sambil tersengih. ‘Eh mamat nih.Boleh pulak dia tersengih-sengih depan aku.Dia ingat dia handsome.Macam kerang busuk’ Aku terus berlalu meninggalkan Afiq sambil membawa pinggan dan cawan yang kotor.

Jam menunjukkan pukul 1.00 pagi.Namun ada lebih kurang satu besen lagi pinggan dan cawan yang aku harus basuh.Oleh kerana Acik tidak dapat pulang,tiada siapalah yang boleh membantuku.Mama ada menawarkan bantuan,tetapi aku menolak kerana tidak mahu mama keletihan.Muka mama membuktikan bahawa dia sangat keletihan.Alhamdulillah tadi saudara-mara turut menghulurkan bantuan untuk meringankan beban kami sekeluarga.Suasana rumah kedengaran  sunyi.Mungkin semua tetamu telah pulang.Mama dan Mat sudah lama terlena.Selepas itu,aku terdengar gelak tawa beberapa orang lelaki.Aku segera meninggalkan sinki untuk melihat siapa punya gelak tawa tadi.Rupa-rupanya tiga orang kawan papa masih belum pulang kerana asyik berborak dengan papa.Gembira sekali mereka berempat.Aku segera kembali ke sinki untuk menyambung kerjaku mencuci pinggan. “Anissa..”.Suara halus itu sedang menyeru namaku. “Afiq?”.Aku menoleh ke belakang dan “Ha!”. “Ya Allah!”. Aku berteriak dek terkejut dengan sergahan daripada Afiq.Afiq ketawa terbahak-bahak di penjuru dinding. “Woi!Terkejut tahu tak?Awak ni memang nak saya cepat mati kan?Ya Allah,nasib baik saya tak pegang pinggan.Kalau tak,dengan muka awak sekali yang pecah!”.Amarahku akhirnya terledak.Afiq masih belum berhenti ketawa.

January 05, 2015

A Plan

Assalamualaikum

Alhamdulillah bersyukur kpd Allah kerana masih dikurniakan kesempatan utk menjalani hidup di atas dunia ini dalam keadaan sihat.Salam Takziah utk mangsa2 banjir di Pantai Timur.Semoga terus tabah menjalani hari2 mendatang.Percayalah, 'Everything happens for a reason'

Ok,straight to the point..
A plan?Ceh baca tajuk pun dah macam, 

'Plan apa pulak dah?'

Cenghite sbnrnya cenggini,haritu aku chatting dgn bff aku.Ngah syok2 chatting,tetibe datang satu idea.

'So,what's the idea?'

Aku rasa macam nak pi travel dgn kengkawan.Alang2 release tension ler.Aku plan nak pergi tempat yang jauh dari bandar/pekan.Memang yang betol2 kampung lah!Jauh dari segala pollution.Pastu dekat2 dgn kampung tu ada pantai and sawah padi.Aku nak hirup udara segar.Ahh!Udara pagi yang fresh and sejuuuk~~.Lepastu bangun pagi2 boleh jogging keliling kampung memandangkan berat badan aku dah naik 3kg [-_-]..Petang2 boleh jenjalan kat pantai.

Sesi perancangan bermula.Fighting!

Mula2 kawan aku tu bagi cdgn nak pi Karambunai,Sabah.Tapi bila pikir balik,macam tak cukup bajet jer.Tiket  flight AirAsia utk ke Kota Kinabalu pun start dgn RM 200++.Makan minum,penginapan, n macam2 lagi yang kena bayar.Kami ni tak kerja lagi.Inipun plan nak pi lepas habis exam.So,kami buat keputusan untuk travel dalam semenanjung jer dulu.Kami nak travel start dengan negeri utara samaada negeri Perlis,Perak,Kedah atau Penang.Ha!yang ni belum capai kata putus lagi.

Sape2 shj,samaada org UTAGHA atau tak,yang tau pasal tempat percutian yg awesome,bolehlah bagi cadangan..